Wednesday, November 14, 2018

INFLAMASI PUNCA KEPADA PENYAKIT KRONIK




Apa itu inflamasi (Keradangan)

Inflamasi adalah tindak balas semulajadi sistem pertahanan badan terhadap kecederaan, jangkitan dan elergen. Ianya satu signal kepada badan untuk merawat dan membaiki kerosakan yang telah berlaku dan juga mempertahankan badan dari dicerobohi oleh benda asing seperti bakteria dan virus.



Tetapi, untuk jangka masa yang panjang, ia boleh mendatangkan masalah yang lebih teruk. Inflamasi kronik telah dikaitkan dengan punca bagi kebanyakan penyakit, antaranya penyakit jantung, strok, sendi malah boleh membawa kepada masalah autoimun seperti SLE.



Tetapi dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat boleh membantu dalam mengawal masalah inflamasi ini.




Apakah punca kepada Inflamasi?
-          Stress berpanjangan
-          Tidak cukup tidur (kurang dari 6 jam sehari)
-          Merokok
-          Pengambilan makanan tinggi gula dan lemak




Tahukah Anda?

Penunjuk Inflamasi

Tahap inflamasi badan anda boleh di ukur dengan ujian darah C-Reactive Protein (CRP). Dimana, jika keputusan bacaan protein tersebut lebih daripada 1.0mg/L, anda berisiko untuk mengalami penyakit yang berkaitan dengan inflamasi


Bacaan CRP >1.0mg/L = berisiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan inflamasi


Jadi, pastikan CRP anda pada paras yang sihat dengan pengambilan asid lemak Omega-3 dalam diet anda



Kurangkan Inflamasi dengan Asid lemak omega-3

Bagaimana asid lemak omega-3 membantu mengurangkan inflamasi pada JANTUNG?

Penyakit Jantung


1 daripada 4 pesakit jantung berusia 50 tahun kebawah (sumber: KKM & WHO)




Manfaat omega-3 untuk jantung
1.       Omega-3 terlibat dalam proses menyingkirkan kolestrol jahat dari badan dan menghasilkan kolesterol baik (HDL)
2.       Mengekalkan ritma degupan jantung yang sihat dan konsisten
3.       Mengembangkan salur darah, mengawal tekanan darah dan peredaran darah yang sihat





Bagaimana asid lemak omega-3 membantu mengurangkan inflamasi pada OTAK?

Penyakit Alzheimer

Pada tahun 2015, seramai 123 000 orang dewas di Malaysia menghidapi Alzheimer (penyakit nyanyuk) (KKM & WHO)




Manfaat Omega-3 untuk Otak
1.       Meningkatkan aliran darah ke otak dan membantu meningkatkan memori
2.       Menguatkan hubungan antara sel-sel otak untuk daya perhatian yang lebih baik
3.       Mengaktifkan antioksidan yang membantu mengurangkan tekanan dalam sel-sel otak
4.       Mengurangkan tahap plak yang menyebabkan penyakit Alzheimer





Bagaimana asid lemak omega-3 membantu mengurangkan inflamasi pada SENDI?

Arthritis

Sekitar 90% orang dewasa di Malaysia menghidap arthritis menjelang usia 40 tahun




Manfaat Omega-3 untuk Sendi
1.       Melambatkan kemerosotan tulang rawan dan terlibat dalam proses penyelenggaraan tulang rawan
2.       Meningkatkan peredaran darah ke sendi dan membekalkan nutrisi kepada otot sendi
3.       Mengurangkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan inflamasi




5 tanda inflamasi sendi yang membimbangkan
1.       Bengkak
2.       Kemerahan
3.       Kesakitan sendi
4.       Kekejangan sendi
5.       Kehilangan fungsi sendi



Manfaat umum OMEGA-3 kepada kesihatan badan
1.       Melawan kemurungan dan kebimbangan
2.       Menyokong kesihatan mata
3.       Meningkatkan kualiti tidur
4.       Meningkatkan peredaran darah
5.       Menyokong perkembangna otak dan mata  bayi
6.       Menyokong jantung yang sihat
7.       Menggalakkan kesihatan tulang dan sendi
8.       Menggalakkan kesihatan otak semasa kehamilan











Tuesday, November 13, 2018

Omega Guard Asid Lemak Omega-3, Lemak Sihat Baik untuk semua

Apakah Asid Lemak Omega-3?








Asid lemak omega-3 adalah lemak yang sangat penting dalam tubuh setiap orang. Ia membentuk membrane setiap sel dalam badan kita. Bayangkan setiap sel yang menghasilkan tisu, organ dan sebagainya diselimuti oleh asid lemak omega ini. Jadi lemak omega ini sangat diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru dalam badan kita.



Walaubagaimana pun,  badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak omega ini dengan sendiri. Oleh itu, ia hanya boleh diperolehi melalui pengambilan melalui makanan dan suplemen. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1 000 – 2 000 mg minyak ikan seharipakah Asid Lemak Omega3?


Terdapat dua jenis asid lemak Omega-3 yang sangat penting, iaitu DHA dan EPA yang mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaat untuk kesihatan badan. 





Mengapa perlukan Omega-3? Antara manfaat kesihatan Omega-3:



Kebaikan omega-3 pada tubuh badan manusia telah dikaji secara meluas oleh para saintis di merata tempat. Antara kebaikan omega-3 ni :




A.     Menyokong Kesihatan Jantung

1.     Mengurangkan keradangan – keradangan pada badan boleh merosakan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok
2.     Menurunkan tahap trigliserida dan tekanan darah (Balk et.al, 2006)
3.     Mengekalkan peredaran darah dan irama jantung yang sihat (Jensen CD et al., 1988)




B.     Menyokong Fungsi  Otak yang sihat

1.     Memperbaiki fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia
2.     Memperbaiki mood dan perasaan secara positif (Tanaka et. al. 2012)
3.     Meningkatkan ingatan, pembelajaran dan perhatian (Giles et. al., 2013)
4.     Melambatkan kemerosatan mental yang berkaitan dengan penuaan (Chih-Chiang Chiu, et. al., 2008)
5.     Membantu mencegah penyakit berkaitan dengan minda seperti azhiemer (nyanyuk)



C.     Menyokong Fleksibiliti Sendi

1.     Mengurangkan kekakuan sendi, meningkatkan fleksibiliti sendi (Lopez HL, 2012)
2.     Pelincir semulajadi, menyenangkan pergerakan (Lopez HL, 2012)
3.     Mengurangkan keradangan, melegakan simptom sakit (Miles  & Calder, 2012)
4.     Mengelakkan masalah seperti kekejangan



D.    Perkembangan Bayi

1.     Menyokong perkembangan otak dan mata bayi (Rogers et.al., 2013)
2.     Kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega-3 semasa bulan-bulan terakhir kehamilan meningkatkan perkembangan kognitif dan motor bayi (www.sciencedaily .com, 2008)





E.     Menyokong kesihatan Kulit

1.     Mengurangkan kekeringan kulit (Nicolaou A, 2013)
2.     Mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat (Nicolaou A, 2013)


F.      Meningkatkan Kesihatan Imun (Calder PC, 2013)

1.     Meningkatkan fungsi sel B
2.     Meningkatkan kesihatan imun dalam aspek lain


G.    Meningkatkan Kesihatan Sperma

1.     Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membrane sel termasuk sel sperma (Institute of Medicine, Food and Nutrition Board, 2005)


H.    Mengurangkan berat badan

1.     Membantu mengurangkan kolestrol




Bagaimana memilih minyak ikan yang berkualiti Tinggi?

Apabila memilih minyak ikan yang baik, pastikan


1.     Pengeluar yang berkualiti

a.     Cari pengeluar dan jenama yang anda boleh percayai dengan sejarah pengeluaran produk yang berkualiti










2.     Tulen dan selamat

a.     Proses penyulingan Molekul- memisahkan EPA dan DHA daripada logam berat dan menyingkirkan toksin
b.     Proses ini juga mengurangakan bau dan rasa hanyir





3.     Kemampanan (berpanjangan)

a.     Pengeluaran yang bertanggungjawab memberi perhatian kepada saiz populasi, batas penangkapan dan mengelakkan penangkapan semasa semasa musim ikan membiak untuk memastikan bekalan cukup untuk jangka masa panjang





4.     Ikan besar atau ikan kecil?

a.     Minyak ikan yang diperoleh dari ikan kecil mempunyai pengumpulan toksin yang lebih rendah berbanding dengan ikan besar





Sebab mengapa perlu memilih Omega Guard SHAKLEE



1.     Minyak ikan bergred farmaseutikal
2.     Penyulingan Molekul tiga peringkat – menyingkirkan komponen berbahaya , tulen dan berkepekatan tinggi
3.     Berkepekatan Tinggi – mempunyai EPA  dan DHA yang tinggi berbanding jenama lain
4.     Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega-3 tulen
5.     Bau dan rasa keasn hanyir yang minimum
6.     Diiktiraf oleh Friends of the Sea



untuk buat pesanan Omega Guard Shaklee boleh WhatsApp yin
→ 013-5668112

http://yinmawarni.wasap.my/60135668112



Rujukan
1. Balk EM, Lichtenstein AH, Chung M, KupelnickB, Chew P, Lau J. Effects of omega-3 fatty acids on serum markers of cardiovascular disease risk: a systematic review. 2006 Nov;189(1):19-30.
2. Jensen CD, et al. Plasma Lipids on Three Levels of Fish Oil Intake in Healthy Human Subjects. NutrRep Int, 1988. 38(1): p. 165-172.
3. Tanaka K, FarooquiAA, Siddiqi NJ, AlhomidaAS, Ong W-Y. Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 2012;20(2):152-157.
4. Giles GE, Mahoney CR, KanarekRB. Omega-3 fatty acids influence mood in healthy and depressed individuals. NutrRev. 2013 Nov;71(11):727-41.
5. Chih-Chiang Chiu, Kuan-Pin Su, Tsung-Chi Cheng, Hsing-Cheng Liu, Ching-JuiChang, Michael E. Dewey, Robert Stewart, Shih-Yi Huang. The effects of omega-3 fatty acids monotherapy in Alzheimer’s disease and mild cognitive impairment: A preliminary randomized double-blind placebo-controlled. Progress in Neuro-sychopharmacology& Biological Psychiatry 32 (2008) 1538–1544.
6. Lopez HL. Nutritional interventions to prevent and treat osteoarthritis. Part I: focus on fatty acids and macronutrients. PM R. 2012 May;4(5 Suppl):S145-54.
7. Miles EA, Calder PC. Influence of marine n-3 polyunsaturated fatty acids on immune function and a systematic review of their effects on clinical outcomes in rheumatoid arthritis. Br J Nutr. 2012 Jun;107 Suppl2:S171-84.
8.  Rogers LK, Valentine CJ, KeimSA. DHA supplementation: current implications in pregnancy and childhood. PharmacolRes. 2013 Apr;70(1):13-9. PubMed PMID: 23266567
10. Nicolaou A. Eicosanoids in skin inflammation. Prostaglandins Leukot Essent Fatty Acids. 2013 Jan;88(1):131-8. PMID: 22521864
11. Calder PC. n-3 fatty acids, inflammation and immunity: new mechanisms to explain old actions. Proc NutrSoc. 2013 Aug;72(3):326-36. PMID: 23668691
12. Institute of Medicine, Food and Nutrition Board. Dietary reference intakes for energy, carbohydrate, fiber, fat, fatty acids,cholesterol, protein, and amino acids (macronutrients). Washington, DC: National Academy Press; 2005



Monday, November 12, 2018

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

Dari Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM (wallauallam, saya copy dari group WhatsApp)

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

🔴Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat.

♥ Saya share sebab sayang pada orang yang saya kenali..

Friday, November 9, 2018

DI MANA FOKUS KITA?

Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari dia berkata kepada ayahnya, "Yah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi"

"Kenapa?", sahut ayahnya, "kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak agamawan tapi sebenarnya tidak, ada yg sibuk dgn gadgetnya, sementara yang lain dok cerita keburukan orang lain".


Ayahnya pun berpikir sejenak dan berkata, "baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu"


"Apa itu?" ,
"ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah"

Si anak pun membawa segelas air keliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setitis air pun yang tumpah.

Sesampai di rumah ayahnya bertanya, "Bagaimana sudah kau bawa air itu keliling masjid?", "Sudah".

"Ada yg tumpah?", "Tidak".

"Ada di masjid tadi orang yang sibuk  dengan gadgetnya?".

"Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini", jawab si anak.

"Ada di masjid tadi orang2 yang menceritakan keburukkan orang lain?" tanya ayahnya lagi, " Saya tidak dengar kerana saya hanya  tertumpu untuk menjaga air dalam gelas ini".


Ayahnya pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah kehidupan anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya waktu untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu".

Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain. Fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja, berbisnes dan apa saja agar kita terus menerus menjadi positif. 👌🏻

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Robbana Taqobbal Minna
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), AAMIIIN YAROBBAL 'ALAMIINN

Peringatan utk diri sendiri dan utk kawan2 jgk 😞

HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...