Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, May 16, 2017

RESEPI SUP KETAM






Dah lama En.Suami "mengidam" nak makan ketam. Setiap kali pergi pasar tani mesti nak usha ketam hari tu besar ke tak. Dan minggu lepas, rezeki kami ada ketam besar, apa lagi terus la dia beli.

3 ekor RM38 😅😅😅 dekat sekilo kot tiga ekor ketam tu atau mungkin lebih, lupa nak tanya berapa ringgit sekilo.

Bila tanya En.Suami nak masak apa dia dengan ketam tu. Dia cakap nak makan sup ketam. Makanya google lah resepi sup ketam.


Dan macam biasa lah, saya suka rujuk resepi dari azie kitchen. Makanya hasil daro google dan resepi kak azie, ni lah hasilnya sup ketam yang sangat sedap!!!! Serius sedap sangat, rasa manis ketam tu memang syok lah, tambah pula ketam besar banyak isi, fuhhh marvelou.


Ni resepi untuk sup ketam versi Yin Mawarni. Tampal kat sini senang nak rujuk lepas ni pula 😉


Ketam 3 ekor
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 4 ulas 
Halia 1/2 inci



1. Tumbuk kasar bawang dengan halia, tapi biasa kalau untuk menumis saya suka blend je bahan-bahan tumis guna blender ni, senang, campak je semua dalam tu, blend, siap!!!


2. Lepas tu tumis sekejap sampai naik bau,

3. Bila bawang dah garing sikit, tambah air. Kalau nak tambah ubi kentang boleh tambah masa ni.


4. Tunggu hingga mendidih atau kentang dah empuk, masukkan bahan utama kita; KETAM


5. Lepas tu tambah la perasa garam, gula. Dah cukup masin manis. Siap lah sup ketamnya

Masa hidang boleh tabur daun bawang dengan bawang goreng.

Taraa siap!!!!






Hidang dengan telur dadar, sambal cili padi, ulam salad. Fuhhhhh sedapnyaaa...manis sangat ketam tu.


Sesiapa nak masak sup ketam tu boleh la cuba. 😘😘

Tuesday, August 25, 2015

NASI AYAM untuk MA

Bismillahirahmanirahim...
.
dah lama tak update blog nie dah berhabuk dah hukhukhuk... cian blog ku...
.
disebabkan dah lama tak update, semalam terfikir nak update blog lah hehehe..
.
alkisahnya

semalam ma request nak makan nasi ayam, dah lama rasa nak makan nasi ayam, nak beli kat kedai ma jarang-jarang je keluar, dan beli yang kat luar tak puas nak makan katanya. lagi pun kebanyakan yang jual kat kedai guna msg dan kiub ayam je untuk buat sup..
.
so, sementara yin ada kat rumah nie macam minta buatkan..hohoho macam lah daku nie pandai sangat bab-bab memasak nie,,
.
alhamdulillah dulu pernah belajar dengan kak bie dan pernah la buat sekali dua, tapi rasa macam dah lama juga tak buat. hohohoho..
.
so budget-budget jelah pandai nak buat..dah tak de orang lain dah nak tolong kan..
.
buat pun tak banyak, sekadar untuk makan ma, abah, yin dan dhiya je...
.
makanya lepas tidurkan che damia, masuk lah dapur sediakan bahan-bahan untuk memasak..
dan rasa nak tepek kat blog lah resepi semalam, boleh buat rujukan untuk masa hadapan, bila lama tak masak nie, resepi dalam otak pun dah mula berkarat huhuhu..
.
jadinya ini lah pencetus semula nak berblog hehehe..bukan untuk sesiapa pun umtuk diri sendiri juga..insya Allah kalau ada kesempatan lepas nie nak tempek segala jenis resepi lah kat sini, sementara ada di kampung disamping ma nie nak korek resepi-resepi ma semua hehehehe...
.
jadi marilah kita menempek kan resepinya nasi ayam ini di sini..
____________________________________________________________________
NASI AYAM ALA YIN MAWARNI... :)

bahan-bahan
----------------
1. Stock ayam

  • 1/2 ayam potong dua, 
  • bawang putih          3 ulas
  • halia                        1 inchi
  • air 

2. Sup ayam

  •  stock ayam
  • rempah empat beradik
  • sup bunjut
  • bawang putih
  • bawang merah 
  • halia
  • gula
  • garam

3. Nasi Ayam




  • Beras
  • stock ayam
  • planta
4. Ayam

  • ayam dari stock ayam
  • bawang putih
  • halia
  • kicap manis
  • garam
  • madu
5. Kicap

  • baki kicap yang digunakan untuk perap ayam
  • jus limau nipis
6. Sos cili

  • tomato   1 biji
  • cili merah  3 biji
  • limau nipis 
  • gula 
  • garam

cara-cara
----------
1. STOCK AYAM

Rebus ayam campur kan dengan bawang putih dan halia yang di ketuk. Masak dalam 15-20 minit bagi potongan ayam seekor belah empat.

2. SUP AYAM

Tumiskan  rempah empat beradik, bawang putih, halia, bawang merah (hasil tumis yang  nie diambil sedikit untuk di masukkan kedalam nasi ayam). Kemudian samaada tambahkan stock ayam tadi kedalam bawang yang di tumis, ataupun toskan minyak hasil tumisan tadi kemudian masukkan ke dalam stock ayam tadi..tambah air mengikut jumlah sup yang di inginkan. sebab tak ramai jadinya yin buat sup sedikit jelah, lagi pekar rasa sup ayam tu nyum nyum nyum..
.
lepas itu tambahkan lagi repah sup bunjut kedalam sup, perasakan dengan garam. siap!!!!

3. NASI AYAM

Basuh beras mengikut sukatan yang di inginkan, kemudian toskan. Untuk memasak nasi, ambil stock ayam yang telah di masak tadi, masukkan dalam periuk nasi yang berisi beras mengikut sukatan memasak nasi macam biasa. Nak lagi lemak nasi, boleh tambah sedikit planta dan sedikit bawang dan rempah-rempah sup yang di tumis. kemudian masak nasi..yeahhh..siap dah nasi..senang je,..


4. AYAM

ayam yang di rebus untuk dijadikan stock di toskan. Tumbuk bawang putih dan halia, di campurkan dengan kicap lemak manis dan sedikit garam, Kemudian tuangkan keatas ayam untuk di perap.. biarkan selama 15-30 minit sebelum di goreng atau di bakar. boleh tambah madu untuk di sapu pada ayam juga. ma suruh sapu madu, so tambah jelah..sedap juga..

5. SOS KICAP

Baki kicap untuk perap ayam di kumpulkan dan ditambah sedikittttt sup ayam dan perahan limau nipis, masakkan sekejap sos kicap diatas api, siap...

6. SOS CILI
blend tomata dan cili merah, tambah air limau nipis, masak sehingga pekat, perisakan dengan garam dan gula.

tadaaa...dah siap boleh hidang dengan potongan timun, tomato dan salad. hias mengikut kehendak hati..

tak sempat nak snap gambar, hp che dhiya duk main huhuhu...

--------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah ma dengan abah makan dengan penuh berselera..

che dhiya pun makan banyak, siap berebut2 nak hirup sup dengan ibu lagi hehehe..

alhamdulillah,..


HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...