Wednesday, July 26, 2017

CARA BETUL PENGAMBILAN ZAT BESI

PESANAN BUAT IBU HAMIL
*****************************

Pesanan ini ditujukan kepada semua yang ambil iron tablet/zat besi seperti ferrous fumerate, vitalea dll, terutama bagi ibu hamil, menyusukan anak dan wanita di luar sana

Ramai yang ada masalah, cakap dah ambil pil zat besi tapi hb tetap rendah, tak naik2. Kadang tu cara pengambilan supplement tu yang tak betul. Jadi tak dapat la hasil yang terbaik

Ramai yang fikir, supplement cth zat besi ni tak boleh ambil dengan kopi, teh dan milo sebab kandungan caffein dalam minuman tu.

Yea betul tu, awak memang pandai👍👍

TAPI.....

Bukan kafein sahaja yang menghalang penyerapan zat besi dalam badan, (sebab ada yang cakap dalam milo kandungan kafein rendah je).

Antara faktor lain yang boleh menghalang penyerapan zat besi adalah kalsium (yea susu), zinc, telur, beberapa jenis dll.

Sementara tu ada yang cakap ambil zat besi dengan oren bagus 👍👍👍. Yea, sebab oren kaya dengan vitamin C. Vitamin C adalah antara faktor yang membantu penyerapan zat besi.

Jadi senang cerita ambil je zat besi ni dengan vitamin C atau jus buah dan jarakkan pengambilan dengan makanan dan minuman lain paling kurang 2 jam.

Semoga dapat membantu 😘😘

#pesananSIDyin

Reference:

1) Am J Clin Nutr. 2000 May;71(5):1147-60

2) Menzie CM et al. Obesity-related hypoferremia is not explained by differences in reported intake of heme and nonheme iron or intake of dietary factors that can affect iron absorption. J Am Diet Assoc. 2008 Jan;108(1):145-8.

No comments:

Post a Comment

HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...