Showing posts with label Yin self reminders. Show all posts
Showing posts with label Yin self reminders. Show all posts

Sunday, September 17, 2017

Selfreminder : HIDUP PERLU BERUBAH

Kita tak akan dapat hidup yang lebih baik bila kita tetap buat sama macam hari semalam.
.
Nak dapat hidup yang berbeza dari semalam, yang lebih baik dan berjaya, kita kena berubah.
.
Berubah dari jahat jadi baik, dari kurang takwa kepada lebih bertakwa. Tambah ilmu untuk tingkatkan takwa pada Allah.
.
Semakin banyak ilmu, semakin kita tingkatkan amalan.
Semakin banyak amal ibadah, semakin tinggi keyakinan kita pada Allah.
Dan inshaAllah semakin meningkat ketakwaan kita.
.
Dengan ketakwaan pada Allah, hidup makin tenang. Makin dilimpahkan rezeki, makin baik hubungan manusia, makin disayangi manusia dan tuhan.
.
Dengan kedegilan kita pada Allah, makin pedih hidup. Semuanya tak kena. Gaduh, masalah duit, tak tenang hidup, jiwa rasa kosong.
.
Uzlah. Self check 🌹
#darivideoProfMuhaya

NASIHAT PADA DIRI : KREATIF BERSEDEKAH :

1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.

2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.

3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

10. Sebarkan seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain begitul  ah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.

InsyaAllah.

HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...