Wednesday, November 14, 2018

INFLAMASI PUNCA KEPADA PENYAKIT KRONIK




Apa itu inflamasi (Keradangan)

Inflamasi adalah tindak balas semulajadi sistem pertahanan badan terhadap kecederaan, jangkitan dan elergen. Ianya satu signal kepada badan untuk merawat dan membaiki kerosakan yang telah berlaku dan juga mempertahankan badan dari dicerobohi oleh benda asing seperti bakteria dan virus.



Tetapi, untuk jangka masa yang panjang, ia boleh mendatangkan masalah yang lebih teruk. Inflamasi kronik telah dikaitkan dengan punca bagi kebanyakan penyakit, antaranya penyakit jantung, strok, sendi malah boleh membawa kepada masalah autoimun seperti SLE.



Tetapi dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat boleh membantu dalam mengawal masalah inflamasi ini.




Apakah punca kepada Inflamasi?
-          Stress berpanjangan
-          Tidak cukup tidur (kurang dari 6 jam sehari)
-          Merokok
-          Pengambilan makanan tinggi gula dan lemak




Tahukah Anda?

Penunjuk Inflamasi

Tahap inflamasi badan anda boleh di ukur dengan ujian darah C-Reactive Protein (CRP). Dimana, jika keputusan bacaan protein tersebut lebih daripada 1.0mg/L, anda berisiko untuk mengalami penyakit yang berkaitan dengan inflamasi


Bacaan CRP >1.0mg/L = berisiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan inflamasi


Jadi, pastikan CRP anda pada paras yang sihat dengan pengambilan asid lemak Omega-3 dalam diet anda



Kurangkan Inflamasi dengan Asid lemak omega-3

Bagaimana asid lemak omega-3 membantu mengurangkan inflamasi pada JANTUNG?

Penyakit Jantung


1 daripada 4 pesakit jantung berusia 50 tahun kebawah (sumber: KKM & WHO)




Manfaat omega-3 untuk jantung
1.       Omega-3 terlibat dalam proses menyingkirkan kolestrol jahat dari badan dan menghasilkan kolesterol baik (HDL)
2.       Mengekalkan ritma degupan jantung yang sihat dan konsisten
3.       Mengembangkan salur darah, mengawal tekanan darah dan peredaran darah yang sihat





Bagaimana asid lemak omega-3 membantu mengurangkan inflamasi pada OTAK?

Penyakit Alzheimer

Pada tahun 2015, seramai 123 000 orang dewas di Malaysia menghidapi Alzheimer (penyakit nyanyuk) (KKM & WHO)




Manfaat Omega-3 untuk Otak
1.       Meningkatkan aliran darah ke otak dan membantu meningkatkan memori
2.       Menguatkan hubungan antara sel-sel otak untuk daya perhatian yang lebih baik
3.       Mengaktifkan antioksidan yang membantu mengurangkan tekanan dalam sel-sel otak
4.       Mengurangkan tahap plak yang menyebabkan penyakit Alzheimer





Bagaimana asid lemak omega-3 membantu mengurangkan inflamasi pada SENDI?

Arthritis

Sekitar 90% orang dewasa di Malaysia menghidap arthritis menjelang usia 40 tahun




Manfaat Omega-3 untuk Sendi
1.       Melambatkan kemerosotan tulang rawan dan terlibat dalam proses penyelenggaraan tulang rawan
2.       Meningkatkan peredaran darah ke sendi dan membekalkan nutrisi kepada otot sendi
3.       Mengurangkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan inflamasi




5 tanda inflamasi sendi yang membimbangkan
1.       Bengkak
2.       Kemerahan
3.       Kesakitan sendi
4.       Kekejangan sendi
5.       Kehilangan fungsi sendi



Manfaat umum OMEGA-3 kepada kesihatan badan
1.       Melawan kemurungan dan kebimbangan
2.       Menyokong kesihatan mata
3.       Meningkatkan kualiti tidur
4.       Meningkatkan peredaran darah
5.       Menyokong perkembangna otak dan mata  bayi
6.       Menyokong jantung yang sihat
7.       Menggalakkan kesihatan tulang dan sendi
8.       Menggalakkan kesihatan otak semasa kehamilan











No comments:

Post a Comment

HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...