Monday, September 22, 2014

Pasta carrot dan ayam

Hari nie dhiya ada tetamu, sepupu dhiya sampai lebih kurang kul 8 pg tadi..
Suka la dhiya ada kawan, asyik duk lompat2 jer... :-P

Di sebabkan ada lebih satu bungkus lagi nasi lemak breakfast tadi, so masak yg simple2 jelah u budak2..orang dewasa bleh makan nasi lemak tu hihihi...

So buat pasta lah, resepi pasta yang senang untuk budak2 dan untuk yang x suka makan sayur. Hehehe kita masukkan carrot tanpa budak2 tahu dalam tu ada sayur...yeahhh semua makan dengan senang hati...

shishi makan dengan senang hati walau pun dia tak suka makan sayur hehehe...(dia tak tahu kuah pasta tu ada carrot ;p)


RESEPI SOS CARROT DAN AYAM
bawang putih                    satu ulas
Bawang besar Holland   satu hiris
Tomato.                             Sebiji
Carrot.                                Setengah batang (kecik)
Minyak zaitun
Isi ayam di potong dadu kecik2
Pasta di rebus

CARA-CARA
Kisar semua bahan kecuali isi ayam
Panaskan minyak zaitun dan tumis kan bahan yang di kisar
Tambah ayam, kalau kering tambah air sedikit.
Tambah mixed herbs n oregano ckit.
Tambah garam dan gula sebagai perasa. NO MSG FOR KIDS!!!
Masak sampai ayam masak dan kuah hampir kering
Last masukkan pasta yang dah di rebus gaul sebati.
SIAP!!!




Senang je, kejap je nak masak dan pastinya SEDAPPPP, walaupun hanya u budak2... Budak2 pun nak makan sedap juga kan..
Yang penting cukup kumpulan makanan, karbohidrat, protein, sayur (sumber vitamin n serat), lemak ckit.
Kalo nak tambah cheese pn bleh, stock cheese dah abis, harinie x dpt tambah cheese, tapi tak pe yang penting budak2 dah suka OK..


mana dhiya? ini budak haaa x leh duk diam huhuhu...

No comments:

Post a Comment

HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...