Thursday, August 27, 2015

SEBUAH KEMATIAN

DI DALAM kehidupan kita sering diingatkan  supaya tidak mudah berputus asa dan bergantung penuh pengharapan terhadap Allah SWT sehingga tiba saatnya kita kembali bertemu dengan-Nya. Walaupun setiap manusia menemui kematian dengan pelbagai cara, namun Allah menetapkan manusia akan menemui ajalnya dengan dua cara sahaja iaitu husnul khatimah dan suul khatimah. Kematian husnul khatimah bermaksud kematian yang penyudahnya baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup kita.  Ertinya mati di dalam keredhaan Allah dan kita juga redha dengan ketentuan Allah. Manakala suul khatimah iaitu kematian yang menakutkan dan menggerunkan. Keadaan kematian suul khatimah ketika mana seseorang itu mati di dalam keadaan mereka tidak bersedia kembali menemui Allah.

Imam Qurtubi rahimallah menyebut, pernah suatu ketika Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat maut, “Apakah kamu mempunyai utusan yang mengingatkan manusia supaya berhati-hati dengan kamu wahai malaikat maut?”. Lalu malaikat menjawab, “Ya, demi Allah kami mempunyai utusan yang sangat banyak, kecuali bagi mereka yang leka di dalam kehidupan mereka.” Utusan yang pertama sebelum manusia dimatikan,  ialah penyakit. Apabila Allah memberikan manusia itu penyakit dan semakin bertambah penyakitnya, menandakan manusia semakin hampir dengan kematian. Ada di kalangan manusia yang mengalami keadaan sakit dalam tempoh yang panjang sebelum menemui kematian dan ada yang menanggung kesakitan dalam tempoh yang singkat sebelum kembali menghadap Allah SWT.

Antara tanda kematian lain yang diutuskan kepada manusia ialah uban. Selain itu keupayaan pendengaran yang semakin merosot adalah antara salah satu tanda kematian yang semakin hampir. Penglihatan juga tidak lagi sama seperti biasa dan semakin kabur. Allah juga mula menarik kembali  nikmat-nikmat dunia yang pernah  dikecapi sebelum ini. Jika sebelum ini kita dapat menjamu  selera dengan pelbagai jenis makanan, tetapi secara perlahan-lahan nikmat itu ditarik semula, tidak dapat menikmati makanan sewenang-wenangnya kerana terpaksa menjaga kesihatan.

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani selaku penyumbang di dalam slot Mau’izati yang ke udara di IKIMfm pada setiap hari Khamis, jam 5.15 petang, terdapat juga perkara lain yang diutuskan oleh Allah yang menandakan kematian semakin hampir dengan kita. Rasulullah SAW bersabda : “Allah telah memberikan peringatan kepada seseorang itu, di mana Allah menundakan ajal sehingga sampai kepada usia 60 tahun”. (Riwayat Abu Hurairah RA). Malah Rasulullah mengingatkan bahawa sejak manusia lahir sampailah ketika kembali menghadap  Allah SAW, Allah jadikan sebanyak 99 perangkap kematian. Antara perangkap-perangkap itu termasuklah hampir mengalami kemalangan jalan raya, dihinggapi penyakit, hampir mati lemas dan lain-lain lagi. Kalau pun kita dapat melepasi perangkap-perangkap kematian itu, tetapi setiap manusia tidak dapat melepasi satu lagi perangkap iaitu usia tua.

Rasulullah SAW mengajar kita agar sentiasa mengamalkan doa memohon menemui ajal di dalam keadaan husnul khatimah. Rasulullah bersabda : “Sekiranya Allah inginkan kebaikan pada seseorang,  Dia akan melakukan kebaikan kepada orang tersebut.”Apabila Rasulullah ditanya  bagaimana Allah memperlakukan kebaikan kepada seseorang itu, baginda menjawab Allah akan mula pandukan orang tersebut untuk melakukan amal soleh sebelum kematiannya. (Riwayat Anas RA). Di antara tanda Allah masih menyayangi kita  ialah dengan menarik seseorang dan mulai merasai diri mudah untuk melakukan amalan dan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: “ Jika Allah menyintai seseorang itu, Dia akan memberikan penghormatan baginya” . Lalu apabila ditanya oleh para sahabat bagaimanakah penghormatan yang diberikan itu?  Rasulullah menjawab, Allah akan memimpin seseorang itu untuk melakukan amal soleh ketika mana dia sedang mendekati ajalnya sehingga para jiran tetangganya akan meredhainya.  (Riwayat Amru bin Abdul A’s). 

Allah akan mengurniakan hidayah kepada insan yang disayanginya. Hidayah membawa maksud bimbingan daripada Allah,  ditunjukkan jalan dan perkara yang seharusnya kita lakukan di dalam kehidupan ini. Ini juga adalah antara petanda seseorang itu akan dikurniakan dengan kematian dan pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Malah jika kematian datang menjemput, dan dia mengetahui akan janji Allah, nyawanya akan segera ditolak keluar dari jasadnya untuk menemui kematian, kerana pada saat itu, dia lebih suka bertemu dengan Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. 

Sebaliknya, jika Allah inginkan keburukan kepada seseorang, Dia akan meletakkan baginya satu tahun sebelum kematiannya dengan ditemani oleh seekor syaitan. Sebelum meninggal dunia, syaitan akan sentiasa mengekorinya dan di pengakhiran hidupnya menemui ajal  di dalam suul khatimah. Para ulama berpesan agar di dalam hidup kita, jangan sesekali mengunjungi tempat-tempat yang tidak baik, kerana apabila tibanya saat kematian, ini merupakan tanda suul khatimah. Tempat-tempat yang baik untuk husnul khatimah di antaranya ialah di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi atau Masjid al-Aqsa.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu menemui pengakhiran suul khatimah. Faktor pertama ialah seseorang yang meninggal solat.  Apabila mengabaikan solat mudah untuknya suul khatimah. Faktor kedua ialah mereka yang minum arak dan berjudi. Ketiga, ialah mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, kerana dengan menyinggung hati mereka, maka hilanglah keberkatan di dalam hidup kita dan memudahkan syaitan mempengaruhi kehidupan. Dan faktor terakhir yang menyebabkan seseorang itu menemui pengakhiran yang tidak baik atau suul khatimah ialah mereka  yang suka menyakiti hati sesama insan yang lain.

Perkara yang paling penting di dalam kehidupan ialah memperbanyakkan doa kepada Allah SWT supaya kita tergolong di kalangan mereka yang disayangi dan dicintai-Nya. Pada yang sama menjaga amalan-amalan kita, jangan melakukan sesuatu yang melukai hati Allah yang akan menyebabkan kebencian Allah. Apabila dibenci Allah, juga akan hilanglah rahmat-Nya dan menjadikan kita jauh daripada kebaikan-kebaikan yang sewajarnya kita perolehi daripada Allah SWT.

Tuesday, August 25, 2015

NASI AYAM untuk MA

Bismillahirahmanirahim...
.
dah lama tak update blog nie dah berhabuk dah hukhukhuk... cian blog ku...
.
disebabkan dah lama tak update, semalam terfikir nak update blog lah hehehe..
.
alkisahnya

semalam ma request nak makan nasi ayam, dah lama rasa nak makan nasi ayam, nak beli kat kedai ma jarang-jarang je keluar, dan beli yang kat luar tak puas nak makan katanya. lagi pun kebanyakan yang jual kat kedai guna msg dan kiub ayam je untuk buat sup..
.
so, sementara yin ada kat rumah nie macam minta buatkan..hohoho macam lah daku nie pandai sangat bab-bab memasak nie,,
.
alhamdulillah dulu pernah belajar dengan kak bie dan pernah la buat sekali dua, tapi rasa macam dah lama juga tak buat. hohohoho..
.
so budget-budget jelah pandai nak buat..dah tak de orang lain dah nak tolong kan..
.
buat pun tak banyak, sekadar untuk makan ma, abah, yin dan dhiya je...
.
makanya lepas tidurkan che damia, masuk lah dapur sediakan bahan-bahan untuk memasak..
dan rasa nak tepek kat blog lah resepi semalam, boleh buat rujukan untuk masa hadapan, bila lama tak masak nie, resepi dalam otak pun dah mula berkarat huhuhu..
.
jadinya ini lah pencetus semula nak berblog hehehe..bukan untuk sesiapa pun umtuk diri sendiri juga..insya Allah kalau ada kesempatan lepas nie nak tempek segala jenis resepi lah kat sini, sementara ada di kampung disamping ma nie nak korek resepi-resepi ma semua hehehehe...
.
jadi marilah kita menempek kan resepinya nasi ayam ini di sini..
____________________________________________________________________
NASI AYAM ALA YIN MAWARNI... :)

bahan-bahan
----------------
1. Stock ayam

  • 1/2 ayam potong dua, 
  • bawang putih          3 ulas
  • halia                        1 inchi
  • air 

2. Sup ayam

  •  stock ayam
  • rempah empat beradik
  • sup bunjut
  • bawang putih
  • bawang merah 
  • halia
  • gula
  • garam

3. Nasi Ayam




  • Beras
  • stock ayam
  • planta
4. Ayam

  • ayam dari stock ayam
  • bawang putih
  • halia
  • kicap manis
  • garam
  • madu
5. Kicap

  • baki kicap yang digunakan untuk perap ayam
  • jus limau nipis
6. Sos cili

  • tomato   1 biji
  • cili merah  3 biji
  • limau nipis 
  • gula 
  • garam

cara-cara
----------
1. STOCK AYAM

Rebus ayam campur kan dengan bawang putih dan halia yang di ketuk. Masak dalam 15-20 minit bagi potongan ayam seekor belah empat.

2. SUP AYAM

Tumiskan  rempah empat beradik, bawang putih, halia, bawang merah (hasil tumis yang  nie diambil sedikit untuk di masukkan kedalam nasi ayam). Kemudian samaada tambahkan stock ayam tadi kedalam bawang yang di tumis, ataupun toskan minyak hasil tumisan tadi kemudian masukkan ke dalam stock ayam tadi..tambah air mengikut jumlah sup yang di inginkan. sebab tak ramai jadinya yin buat sup sedikit jelah, lagi pekar rasa sup ayam tu nyum nyum nyum..
.
lepas itu tambahkan lagi repah sup bunjut kedalam sup, perasakan dengan garam. siap!!!!

3. NASI AYAM

Basuh beras mengikut sukatan yang di inginkan, kemudian toskan. Untuk memasak nasi, ambil stock ayam yang telah di masak tadi, masukkan dalam periuk nasi yang berisi beras mengikut sukatan memasak nasi macam biasa. Nak lagi lemak nasi, boleh tambah sedikit planta dan sedikit bawang dan rempah-rempah sup yang di tumis. kemudian masak nasi..yeahhh..siap dah nasi..senang je,..


4. AYAM

ayam yang di rebus untuk dijadikan stock di toskan. Tumbuk bawang putih dan halia, di campurkan dengan kicap lemak manis dan sedikit garam, Kemudian tuangkan keatas ayam untuk di perap.. biarkan selama 15-30 minit sebelum di goreng atau di bakar. boleh tambah madu untuk di sapu pada ayam juga. ma suruh sapu madu, so tambah jelah..sedap juga..

5. SOS KICAP

Baki kicap untuk perap ayam di kumpulkan dan ditambah sedikittttt sup ayam dan perahan limau nipis, masakkan sekejap sos kicap diatas api, siap...

6. SOS CILI
blend tomata dan cili merah, tambah air limau nipis, masak sehingga pekat, perisakan dengan garam dan gula.

tadaaa...dah siap boleh hidang dengan potongan timun, tomato dan salad. hias mengikut kehendak hati..

tak sempat nak snap gambar, hp che dhiya duk main huhuhu...

--------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah ma dengan abah makan dengan penuh berselera..

che dhiya pun makan banyak, siap berebut2 nak hirup sup dengan ibu lagi hehehe..

alhamdulillah,..


Thursday, March 26, 2015

Doa doa ketika sakit

Sebagai tujukan di masa hadapan..

Bagi yang ada penyakit tertentu boleh cuba amalkan..

Hanya Allah berkuasa menyembuhkan sesuatu penyakit itu .

Berserah lah hanya pada Nya yang satu...

Wednesday, January 28, 2015

INFO GOUT

Menurut doktor, gout berpunca akibat tubuh gagal memproses protein.

Makanan berprotein tinggi seperti ikan, udang, daging telur, kekacang dan lain2 TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH PENGHIDAP GOUT.

protein dalam makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik dan seterusnya dipecahkan lagi menjadi urea dan air.

Asid urik adalah berbentuk separa pepejal.

Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid separa pejal berkumpul pada celah tulang dan akhirnya membentuk ketulan kristal batu gout.

Kristal batu gout ini juga boleh terbentuk pada celah buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang.

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

Ibu jari kaki menjadi panas, merah bengkak dan tersangat sakit.

BUKAN PROTEIN SAHAJA MENJADI PUNCA kepada masalah gout.

Ini kerana ramai penghidap gout meskipun berpantang makan tetap juga mendapat serangan gout.

PENGAMBILAN MINUMAN BER ALKOHOL, MINUMAN BERGULA DAN MAKANAN PROSES YANG MENGGUNAKAN PEMANIS SIRAP JAGUNG BERFRUKTOSA TINGGI juga adalah PENYEBAB UTAMA gout.

Ini kerana fruktosa yang BERLEBIHAN juga MENINGKATKAN PARAS ASID URIK yg menjadi punca kepada masalah sakit sendi gout.

Fruktosa juga tidak dapat dipecahkan kepada TENAGA DAN DIPROSES SEBAGAI URIK ASID.

Selain itu fruktosa berlebihan juga menggangu hormon DOPAMINE DALAM OTAK hingga menimbulkan RASA KETAGIHAN KEPADA FRUKTOSA berlaku

Fruktosa juga menyebabkan RINTANGAN INSULIN, dan MENINGKATKAN PARAS INSULIN DALAM DARAH menyebakn penyakit KENCING MANIS

NASIHAT PENCEGAHAN

kurangkan makanan BERPROTEIN TINGGI

MENGAWAL MINUMAN BERGULA,buah buahan manis, jus yang mempunyai kandungan fruktosa yang tinggi.

Fruktosa satu satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras urik dalam darah.

Selain itu dengan MENJAGA BERAT BADAN JUGA DAPAT MENCEGAH daripada terkena gout.

Tuesday, January 27, 2015

Tips sihat

"Sediakan pelbagai makanan sihat di rumah anda dan hidangkan setiap kali waktu makan"

Jom amalkan hidup sihat bersama shaklee..

Dapatkan supplement terbaik untuk anak2, diri sendiri, ibu bapa dan keluarga..

Konsultasi percuma dari yin msg/ whatsapp 011 12861423

#healthtip

Sunday, January 25, 2015

Masalah rambut gugur?

Masalah rambut gugur bukanlah perkara pelik. Ianya disebabkan beberapa faktor seperti di bawah:
.
.
✌️1)Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin:
.
☺️Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbahan rambut berlaku dengan baik.
☺️Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.
.
.
✌️2)Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian:
.
☺️Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur.
.
☺️ Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.
.
.
✌️3)Stress:
.
☺️Stress memerlukan banyak B-complex, maka dengan kurangnya B-complex dalam tubuh makan zat ini akan di serap seperti di atas dari rambut.
.
☺️ Stress juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.
.
.
✌️ 4)Bahan kimia dalam produk rambut:
.
☺️Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam2 iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah.
.
☺️Hakikatnya, produk2 ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.
.
.
Set penjagaan rambut Shaklee yang dikenali sebagai ProSante adalah bebas kimia, dan selamat untuk digunakan.


Jom kenali Set Rambut Gugur Shaklee ini :

1) Zinc Complex
Membantu pertumbuhan rambut baru dengan cepat

2) Purifying Shampoo
Membersih dengan lengkap, mendalam untuk menghapuskan kotoran & pembentukan minyak tanpa menanggalkan rambut atau kulit kepala/melunturkan warna rambut

3) Replenishing Conditioner
Meningkatkan kesihatan rambut & penawar bagi rambut kering, rapuh, bertekstur & dirawat kimia
Membina semula keanjalan & kekuatan rambut
Mengikat & mengekalkan kelembapan untuk memulihkan kilauan & flesibiliti


Wednesday, January 14, 2015

PROMOSI JANUARI 2015

Promosi promosi promosi bulan januari...

Bulan 1 tapi 3x promo ok..

Promosi vivix beli 6 percuma 1
Promosi alfalfa (L)/(s) beli 6 percuma 1
Promosi vitalea untuk kanak-kanak beli 3 percuma 1

Siapa nak beli dengan harga promosi nnoleh contact yin 01112861423, kita share2 beli dapat harga murah...

Nanti yin ajar macam mana cara pengambilan supplement dengan cara yang betul untuk hasil yang optimum, dan tips2 penggunaan supplement nie..

Yin harap dapat bantu anda di luar sana mendapat kebaikan supplement nie dengan harga murah...

Anda amnil supplement, anda sihat, anda jimat, anda bijak...

01112861423

Monday, January 12, 2015

Peranan setiap vitamin yang di ambil

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

•Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
•Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
•Menjaga kelembapan kulit
•Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

•Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
•Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
•Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit

•Sebagai pelembap
•Mencegah pigmentasi
•Melambatkan tanda penuaan
•Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

        •Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
        •Mencegah penuaan
•Menjadikan kulit lebih kenyal
•Mencerahkan kulit
•Menjaga kulit dari sinaran UV
•Mengurangkan parut jerawat
•Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
•Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
•Menjadikan wajah lebih berseri

Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, kita juga boleh mengambil ESP .Boleh hubungi sid untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda.
.
.
Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda. InsyaAllah sy akan membantu anda. 😆😆

Saturday, January 10, 2015

MASALAH ANGIN DAN KEMBUNG PERUT?

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai fungsi dan khasiat yang tersendiri setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain.

Fungsi dan kelebihan

Peppermint Ginger Plus ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

♤Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
♤Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
♤Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
♤Mereka yang sering mengalami kembung perut
♤Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan

Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan.

Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

1. Pudina (Peppermint)
♤Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
♤Membantu dalam penghadaman.
♤Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
♤Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
♤Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
♤Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
♤Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

2. Halia

♤Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan
♤Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
♤Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

3. Pokok adas (fennal)

♤Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu.
♤Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

4. Cekur Manis (anise)

♤Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
♤Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
♤Melegakan haba dimusim panas dan lembab
♤Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Whatsap 01112861423

Tuesday, January 6, 2015

SUBURKAN RAMBUT ANDA

Set penjagaan rambut yang terbaik!!!!

-gabungan 10 vitamin, mineral dan herbal
-menyediakan persekitaran optimun untuk rambut
-rambut sihat, lebat dan menawan
-mengawal keguguran rambut
-mengawal kelemumur
-yang penting selamat tidak mengandungi bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan kulit kepala

Kandungan dalam prosante:
1. Ekstrak swertia dan halia --> merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut

2. Kuprum dan zink mangan serta vitamin A dan E --> membantu metabolisme kulit kepala yang sihat

3. Minyak daun pokok teh dan ektrak teh hijau --> menentang kerosakan akibat RADIKAL BEBAS (punca kanser) dan faktor-faktor persekitaran




--------------------------------------
HAIR CARE -PRO SANTE
-----------------------------------------

Long Lasting Finishing Spray
“Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
Memberikan perlindungan UV
Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

Revitalizing Shampoo
Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

Purifying Shampoo
Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan pencemar persekitaran yang lain
Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

Replenishing Conditioner
Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

Lightweight conditioner
Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

Nourishing Scalp Treatment
Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala
Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran

Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda

Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté

Berminat? Boleh tinggalkan komen/
whatsapp 011 12861424

HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...