Thursday, June 21, 2018

ISTIQAMAHLAH MEMBACA AYAT AL-KURSI 8 KALI SEHARI MENGIKUT TEMPAT DAN SITUASI YANG DIAJAR OLEH RASULULLAH ﷺ

.

Terdapat lapan tempat yang sewajarnya kita membaca Ayat al-Kursi pada setiap hari dalam kehidupan seharian iaitu :

1) Setiap kali selesai Solat Fardhu. (5x sehari)

Sabda Rasulullah ﷺ :

"Sesiapa yang membacanya setiap kali selepas solat, tidak ada yang menahannya daripada memasuki syurga kecuali mati."

Hadith Sahih riwayat al-Imam an-Nasa'ie rahimahullah.

2) Zikir pada waktu pagi dan petang. (2x sehari)

Sabda Rasulullah ﷺ :

"Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi, dia dipelihara daripada gangguan jin hingga petang dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang, dia dipelihara daripada gangguan jin hingga pagi."

Hadith Sahih riwayat al-Imam al-Hakim rahimahullah.

3) Setiap kali sebelum tidur. (1x sehari)

Sabda Rasulullah ﷺ :

"Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, dia akan dipelihara oleh Allah dan syaitan tidak dapat menghampirinya sehingga waktu pagi."

Hadith Sahih riwayat al-Imam al-Bukhari rahimahullah.

Sumber :

كتاب الذكر والدعاء والعلاج بالرقى من الكتاب والسنة،
للشيخ الدكتور سعيد بن علي بن وهف القحطاني حفظه الله ورعاه.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk konsisten beramal dengan amalan Rasulullah ﷺ ini serta ajarkanlah kepada isteri dan anak-anak.

2) Jadikanlah amalan ini sebagai rutin harian.

3) Berdoalah kepada Allah agar mentaufiqkan diri untuk beramal dengannya sehingga di penghujung umur.

"Ayat al-Kursi yang "digantung di dalam hati" adalah lebih bermanfaat dan bermakna daripada hanya digantung di dinding rumah dan digantung di dalam kereta."

BACA, AMAL DAN SEBARKAN.

Semoga tersebar Sunnah Rasulullah ﷺ dan kebaikan di kalangan masyarakat kita.

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Salehuddin bin Abu Samah,
https://www.facebook.com/salehuddin.binabusamah

Kuala Lumpur,
Selasa, 5 Syawwal 1439H - 18 Jun 2018

No comments:

Post a Comment

HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...