Monday, December 12, 2016

DISEBALIK HARI KE-20 BERPANTANG

Assalamualaikum
Alhamdulillah di atas segala rahmat dari Allah.

Hari ni dah hari ke 20 berpantang.
Tahu tak, hari ke 20 ni kalau berdasarkan bidan atau tukang urut lama-lama adalah satu "significant day" juga la. Ermm macam mana nak cakap yea..macam ada sesuatu peristiwa la yang berlaku pada hari ke-20 gitu. Bagi yang biasa tahu la hehehe.. Kalau kat sini orang panggil hari "rombok dapur". Faham ke tidak? Hahaha 😂😂😂

Hari ke-20 ni, hari "peranakan masuk sarang", so tukang urut akan datang rumah untuk mengurut dan bertungku lagi, dan mungkin check peranakan dah masuk betul dan elok tak. Lebih kurang macam tu lah.

Lepas tu upacara lain yang dibuat adalah, "pelimau" dengan "plepah". Hahaha minta maaf la yea dah tu istilah yang digunakan, tak tahu nak translate macam mana 😅😅😅.

Lepas mengurut dan bertungku semua, tukang urut akan pelimau, iaitu "mandi dengan air limau 🍋🍋" 😂😂. Biasanya akan guna 7 biji limau nipis, tukang urut akan belah dan perah dalam baldi air mandian, sambil-sambil tu ada lah selawat dan bacaan-bacaan tertentu. Kemudian tukang urut akan mandikan ibu dalam pantang, sambil tolong niatkan mandi wajib (sebagai simbol je, lepas tu dia pesan nanti dah habis nifas kena mandi wajib lagi). Mungkin juga secara tak langsung mengajar dan mengingatkan ibu supaya jangan lupa mandi wajib yea.

Dah siap mandi semua, next adalah upacara "plepah". Hah yang ni agak mistik sikit hahaha...(sikit jelah). Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara ni, beras, kunyit, sejenis gegelung benang  yang besar, duit syiling 50 sen lama. Apa yang berlaku ketika upacara ni, tukang urut akan baca beberapa ayat, hembus-hembus, tabur beras dan akhir sekali ibu dan baby akan masuk dalam benang yang berbentuk gelung tadi. Sebenarnya gelung benang tu akan di sarungkan dari kepala dan turun ke kaki dan ulang 5/7 kali. Boleh imagine tak macam mana? Hahaha, nasib la yea faham ke tidak, tak pandai nak terangkan lagi huhuhu 😥😥😥. Akhir sekali duit 50sen tadi akan diberi pada tukang urut untuk disimpan. Apa significant semua tu pun saya tak berapa faham juga. Kononnya untuk elakkan "perkara-perkara" yang boleh menggangu terutama baby la. Wallahhuallam..

Selesai upacara plepah maka selesai lah semua upacara "rombok dapur". Tapi kalau zaman mak-mak dulu, ada satu lagi yang kemuncak, iaitu "rombok dapur" tu sendiri. Tahu tak maksud "rombok" tu apa? Kalau bahasa kelantan "rombok" = roboh. So "rombok dapur" = roboh dapur 😱😱😱.

Yup, kalau dulu-dulu ma cakap memang akan robohkan dapur la. Tapi macam mana robohkan dapur tu tak tahu lah pula. Tak dapat nak bayangkan. Mungkin tukar papan dan dinding atau atap bumbung 2, 3 keping kot. Kalau salah minta maaf yea, tak dapat info sepenuhnya tentang yang ni 😅😅😅.

Bila dah selesai semuanya akan ada pengeras la juga bagi dekat tukang urut. Biasa antara pengerasnya, beras, asam, garam, gula, kain dll, bergantung pada tukang urut.

Dan ada sedikit jamuan makan-makan untuk keluarga dan tukang urut.

Nie dari pengalaman yang lepas la. Berpantang kali ni hari ke 20, kita ber krik krik krik jelah dekat rumah tak de buat apa-apa pun hahaha. Kali ni mengurut dengan tukang urut muda, baru belajar mengurut, tak tahan i sakit wooo hahaha. So mengurut sehari, mengurut + bertungku sehari, lepas tu bertungku lagi 3 hari, cukup lah hahaha 😝😝😝..

Jadinya hari ni tunggu nurse datang melawat dan timbang baby jelah, tak sabar nak tahu dah berapa kilo baby chediyana ni hahaha..

Sekian cerita di sebalik hari ke-20 berpantang hehehe

Andai ada tersilap minta maaf yea
Astghafirullahalazim

Wassalam..


No comments:

Post a Comment

HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...