Friday, February 19, 2016

Isteri dan ibu patut baca nie!!!

Bismillahirahmanirahim..

Tadi dapat satu cerita dari group whatsapp, biasa lah whatsapp berantai yang di foward dari ahli group.

Tapi, cerita dia macam terkena kat batang hidung sendiri la pula hahaha..😂😂😂..sebab sekarang memang tengah tak ada mood nak masak untuk family huhuhuhu 😝😝😝

Semoga cerit ini memberi ikhtibar kepada para isteri dan ibu-ibu di luar sana (termasuk diri sendiri)

Kisah benar

EGO SEORANG WANITA

Semalam juga kak ngah menerima emel panjang dari seorang isteri dan ibu. Keluhannya bercampur baur. Namun, akhirnya kak ngah mengerti segala isi hati. Barangkali ia boleh diambil iktibar dan menjadi peringatan malah ada sesuatu yang boleh kita belajar.

Kakak T(nama dirahsiakan)  menulis;

“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.

Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karekter.

Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya pada awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya.

Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa - biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.

Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula diajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.

Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.

Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak.

Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”

Adakalanya saya bertanya,

”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”

Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”

Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat - pakat makan di restoran. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;

“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”

Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.

Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.

Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!

Kakak  sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.

Ratna,

Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.

Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!

Masaklah walau sesibuk mana sekalipun sekadar telur dadar berlaukkan kicap. Masaklah demi air tangan seorang isteri@ibu

Kredit kepada kak ngah Ratna,

Wassalam
Insaf...

Thursday, February 18, 2016

Tembikai yang MANIS

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina ).Dia membeli buah itu dari sebuah pasar.

Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: “tawar”. Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: “Saya membeli tembikai itu dari pasar”

Isteri: “Saya tau”

Suami: “Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?”

Isteri: ” Tentulah yang manis”

Suami:” Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Tentulah mereka ingin menjual yg manis”

Suami terus lagi bertanya: ”Ketika peraih (aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Mesti yang manis”

Si suami diam sejenak..

Kemudian dia menyambung.”Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?”

Isteri: ” Tentu yang manis, pastinya.”

Suami:” Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?” soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya.

Lalu dia berkata: “Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!”

Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

‘Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa?

Bukankah semua orang inginkan buah yang manis.

Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,

Jadi awak marahkan siapa?

Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam?

Atau Allah yang menentukan rasa tawar?”

Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap.

Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah.

Jika kita mengecamnya, ramai orang di sekeliling akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati.

Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah “mengecam” Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

Beberapa ayat petikan dalam al-quran semoga dapat memberi panduan kepada kita semua insyaAllah. Allah swt berfirman.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak

dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(An-Nahl: 18)

Cuba bayangkan berapa banyak nikmat Allah yang Allah bagi kepada kita. tak terhitung nilainya kan. Contoh nikmat yang paling dekat dengan kita ialah nikmat sihat. Cuba kalau Allah bagi kita sakit gigi.. macam mana rasa? SubhanAllah tak tahan rasanya.. Allah uji dengan satu nikmat jangan cepat mengeluh ye, fikirkan nikmat lain yang Allah bagi tidak terhitung banyaknya.

Allah swt berfirman lagi..

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim:7)

Allah kata, siapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita. Dan kalau kita ingkar dengan nikmat yang Allah bagi akan pasti menanggung azab Allah yang sangat berat. Contoh disini ialah kisah tembikai tadi, Isteri lelaki soleh tidak bersyukur dengan buah tembikai yang dibeli oleh suaminya kerana tawar, tetapi isterinya tidak sedar dia sedang mengingkari nikmat yang Allah berikan.

Allah swt berfirman lagi…

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku”. Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.Jika tidak dapat apa yang kita suka,belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Semoga Allah beri kita faham…

HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...