Friday, August 28, 2015

Hadiah buat ibu

Hadiah Buat Ibu Yang Terbaik Adalah Sebuah Perhatian

Bukanlah wang ringgit yang sangat diharap oleh seorang ibu dari anaknya.

Tiada hadiah buat ibu yang lebih bernilai melainkan kasih sayang dan perhatian dari anak-anaknya.

Hadiah kasih sayang ini terdapat dalam berbagai bentuk yang boleh kita hadiahkan dengan penuh keikhlasan.

Hadiah buat ibu #1 – Kehadiran

Buatlah ibu merasa kehadiran anda dengan sering menziarahinya sekerap mungkin.

Menziarahi ibu tidak sama dengan melawat museum dimana anda datang, lihat dan pergi. Ibu anda bukan sebuah artifek yang dipamerkan di museum.

Duduk dan berbuallah dengannya. Makanlah bersamanya. Sekali-sekala tidurlah di rumahnya walaupun rumah anda dekat dengan  rumahnya.

Hadiah buat ibu #2 – Senyum

Senyumlah bila bertemu dengan ibu anda.

Jangan merungut, gelisah dan berwajah muram semasa menziarahinya kerana ini akan menyusahkan hatinya. Sebaliknya senyumlah kerana senyum akan memberi ketenangan kepada ibu anda.

Hadiah buat ibu #3 – Ucapan

Ucapkanlah terima kasih atas segala-segalanya kerana membesarkan anda. Katakan anda sayangkan ibu anda. Ucapkan kata-kata pujian atas segala kelebihan dan keistimewaannya.

Ucapkanlah bahawa anda memohon maaf atas segala kesalahan yang pernah anda lakukan kepadanya. Kalau semua ucapan itu anda boleh ucapkan kepada orang lain, ibu anda lebih berhak mendengar ucapan-ucapan itu dari anda.

Dia tentu rasa bahagia mempunyai anak seperti anda.

Hadiah buat ibu #4 – Sentuhan

Jangan pernah merasa jijik untuk menyentuh ibu anda yang pernah membersihkan najis anda dengan tangannya ketika anda kecil. Salam dan cium tangannya, peluk dan ciumlah dia.

Dengan cara ini dia akan merasa anaknya dekat dengannya.

Jika dia merasa lenguh-lenguh, urutlah dia walau tidak diminta. Jika dia pening picitlah kepalanya. Ini akan membuat ibu rasa bahagia dibelai oleh anaknya.

Hadiah buat ibu #5 – Mengalah

Sekiranya pendapat anda tidak sehaluan dengan ibu anda elakkan pertengkaran dan mengalah demi menghormati dan menjaga hati ibu anda.

Dengan mengalah hati ibu menjadi lembut dan mungkin ia akan  pertimbangkan semula pandangan anda.

Sekiranya kehendaknya tidak menimbulkan masaalah, apa salahnya kita mengalah dan akur dengan kemahuannya walaupun mungkin kita kurang setuju dengan kemahuannya.

Hadiah buat ibu #6 – Pendengar yang setia

Ibu anda mempunyai terlalu banyak perkara yang ingin diceritakan kepada anda tentang pengalaman dan petua-petua yang dia ketahui.

Jadilah pendengar yang setia kepada ibu anda walaupun cerita itu telah anda dengar beberapa kali.

Jangan mencelah, memperleceh atau tidak endah semasa ibu bercerita. Ini akan membuat ibu anda kecil hati. Sebaliknya jadilah pendengar setia ibu anda walaupun tidak semua yang anda setuju dengan cerita itu.

Hadiah buat ibu #7 – Membantu pekerjaannya

Bila ibu anda telah mencecah usia emas dia tidak berupaya lagi membuat  kerja-kerja mengemas dan mencuci.

Tak berupaya lagi membetul dan membaikpulih alatan di rumah. Tak berupaya membuat kerja-kerja yang dahulunya ia mampu lakukan disebabkan faktor usia.

Adakanlah masa dimana anda dapat meringankan kerja-kerjanya yang dia tidak berupaya melakukannya lagi. Ini adalah hadiah yang sangat bernilai baginya.

Hadiah buat ibu #8 – Bawa ibu berjalan

Diantara perkara yang boleh membuat ibu gembira ialah bila anak-anaknya membawa dia berjalan, terutama ke tempat yang dia sukai.

Anda tidak perlu membawa ibu anda melancong ke luar negara untuk membuat ibu anda gembira.

Kadang-kadang memadai anda membawa ibu anda pulang ke kampong asalnya dan itu sudah cukup membuat dia gembira. Aturkanlah untuk berjalan ke tempat kesukaan ibu bukan kesukaan anda.

Hadiah buat ibu #9 – Doa

Tiada hadiah lebih besar dari doa anak-anak untuk kesejahteraan ibu mereka. Doakanlah ibu anda setiap hari, kerana ibu anda juga tidak pernah lupa mendoakan anak-anaknya.
Perkongsian Bersama..

Thursday, August 27, 2015

SEBUAH KEMATIAN

DI DALAM kehidupan kita sering diingatkan  supaya tidak mudah berputus asa dan bergantung penuh pengharapan terhadap Allah SWT sehingga tiba saatnya kita kembali bertemu dengan-Nya. Walaupun setiap manusia menemui kematian dengan pelbagai cara, namun Allah menetapkan manusia akan menemui ajalnya dengan dua cara sahaja iaitu husnul khatimah dan suul khatimah. Kematian husnul khatimah bermaksud kematian yang penyudahnya baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup kita.  Ertinya mati di dalam keredhaan Allah dan kita juga redha dengan ketentuan Allah. Manakala suul khatimah iaitu kematian yang menakutkan dan menggerunkan. Keadaan kematian suul khatimah ketika mana seseorang itu mati di dalam keadaan mereka tidak bersedia kembali menemui Allah.

Imam Qurtubi rahimallah menyebut, pernah suatu ketika Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat maut, “Apakah kamu mempunyai utusan yang mengingatkan manusia supaya berhati-hati dengan kamu wahai malaikat maut?”. Lalu malaikat menjawab, “Ya, demi Allah kami mempunyai utusan yang sangat banyak, kecuali bagi mereka yang leka di dalam kehidupan mereka.” Utusan yang pertama sebelum manusia dimatikan,  ialah penyakit. Apabila Allah memberikan manusia itu penyakit dan semakin bertambah penyakitnya, menandakan manusia semakin hampir dengan kematian. Ada di kalangan manusia yang mengalami keadaan sakit dalam tempoh yang panjang sebelum menemui kematian dan ada yang menanggung kesakitan dalam tempoh yang singkat sebelum kembali menghadap Allah SWT.

Antara tanda kematian lain yang diutuskan kepada manusia ialah uban. Selain itu keupayaan pendengaran yang semakin merosot adalah antara salah satu tanda kematian yang semakin hampir. Penglihatan juga tidak lagi sama seperti biasa dan semakin kabur. Allah juga mula menarik kembali  nikmat-nikmat dunia yang pernah  dikecapi sebelum ini. Jika sebelum ini kita dapat menjamu  selera dengan pelbagai jenis makanan, tetapi secara perlahan-lahan nikmat itu ditarik semula, tidak dapat menikmati makanan sewenang-wenangnya kerana terpaksa menjaga kesihatan.

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani selaku penyumbang di dalam slot Mau’izati yang ke udara di IKIMfm pada setiap hari Khamis, jam 5.15 petang, terdapat juga perkara lain yang diutuskan oleh Allah yang menandakan kematian semakin hampir dengan kita. Rasulullah SAW bersabda : “Allah telah memberikan peringatan kepada seseorang itu, di mana Allah menundakan ajal sehingga sampai kepada usia 60 tahun”. (Riwayat Abu Hurairah RA). Malah Rasulullah mengingatkan bahawa sejak manusia lahir sampailah ketika kembali menghadap  Allah SAW, Allah jadikan sebanyak 99 perangkap kematian. Antara perangkap-perangkap itu termasuklah hampir mengalami kemalangan jalan raya, dihinggapi penyakit, hampir mati lemas dan lain-lain lagi. Kalau pun kita dapat melepasi perangkap-perangkap kematian itu, tetapi setiap manusia tidak dapat melepasi satu lagi perangkap iaitu usia tua.

Rasulullah SAW mengajar kita agar sentiasa mengamalkan doa memohon menemui ajal di dalam keadaan husnul khatimah. Rasulullah bersabda : “Sekiranya Allah inginkan kebaikan pada seseorang,  Dia akan melakukan kebaikan kepada orang tersebut.”Apabila Rasulullah ditanya  bagaimana Allah memperlakukan kebaikan kepada seseorang itu, baginda menjawab Allah akan mula pandukan orang tersebut untuk melakukan amal soleh sebelum kematiannya. (Riwayat Anas RA). Di antara tanda Allah masih menyayangi kita  ialah dengan menarik seseorang dan mulai merasai diri mudah untuk melakukan amalan dan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: “ Jika Allah menyintai seseorang itu, Dia akan memberikan penghormatan baginya” . Lalu apabila ditanya oleh para sahabat bagaimanakah penghormatan yang diberikan itu?  Rasulullah menjawab, Allah akan memimpin seseorang itu untuk melakukan amal soleh ketika mana dia sedang mendekati ajalnya sehingga para jiran tetangganya akan meredhainya.  (Riwayat Amru bin Abdul A’s). 

Allah akan mengurniakan hidayah kepada insan yang disayanginya. Hidayah membawa maksud bimbingan daripada Allah,  ditunjukkan jalan dan perkara yang seharusnya kita lakukan di dalam kehidupan ini. Ini juga adalah antara petanda seseorang itu akan dikurniakan dengan kematian dan pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Malah jika kematian datang menjemput, dan dia mengetahui akan janji Allah, nyawanya akan segera ditolak keluar dari jasadnya untuk menemui kematian, kerana pada saat itu, dia lebih suka bertemu dengan Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. 

Sebaliknya, jika Allah inginkan keburukan kepada seseorang, Dia akan meletakkan baginya satu tahun sebelum kematiannya dengan ditemani oleh seekor syaitan. Sebelum meninggal dunia, syaitan akan sentiasa mengekorinya dan di pengakhiran hidupnya menemui ajal  di dalam suul khatimah. Para ulama berpesan agar di dalam hidup kita, jangan sesekali mengunjungi tempat-tempat yang tidak baik, kerana apabila tibanya saat kematian, ini merupakan tanda suul khatimah. Tempat-tempat yang baik untuk husnul khatimah di antaranya ialah di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi atau Masjid al-Aqsa.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu menemui pengakhiran suul khatimah. Faktor pertama ialah seseorang yang meninggal solat.  Apabila mengabaikan solat mudah untuknya suul khatimah. Faktor kedua ialah mereka yang minum arak dan berjudi. Ketiga, ialah mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, kerana dengan menyinggung hati mereka, maka hilanglah keberkatan di dalam hidup kita dan memudahkan syaitan mempengaruhi kehidupan. Dan faktor terakhir yang menyebabkan seseorang itu menemui pengakhiran yang tidak baik atau suul khatimah ialah mereka  yang suka menyakiti hati sesama insan yang lain.

Perkara yang paling penting di dalam kehidupan ialah memperbanyakkan doa kepada Allah SWT supaya kita tergolong di kalangan mereka yang disayangi dan dicintai-Nya. Pada yang sama menjaga amalan-amalan kita, jangan melakukan sesuatu yang melukai hati Allah yang akan menyebabkan kebencian Allah. Apabila dibenci Allah, juga akan hilanglah rahmat-Nya dan menjadikan kita jauh daripada kebaikan-kebaikan yang sewajarnya kita perolehi daripada Allah SWT.

Tuesday, August 25, 2015

NASI AYAM untuk MA

Bismillahirahmanirahim...
.
dah lama tak update blog nie dah berhabuk dah hukhukhuk... cian blog ku...
.
disebabkan dah lama tak update, semalam terfikir nak update blog lah hehehe..
.
alkisahnya

semalam ma request nak makan nasi ayam, dah lama rasa nak makan nasi ayam, nak beli kat kedai ma jarang-jarang je keluar, dan beli yang kat luar tak puas nak makan katanya. lagi pun kebanyakan yang jual kat kedai guna msg dan kiub ayam je untuk buat sup..
.
so, sementara yin ada kat rumah nie macam minta buatkan..hohoho macam lah daku nie pandai sangat bab-bab memasak nie,,
.
alhamdulillah dulu pernah belajar dengan kak bie dan pernah la buat sekali dua, tapi rasa macam dah lama juga tak buat. hohohoho..
.
so budget-budget jelah pandai nak buat..dah tak de orang lain dah nak tolong kan..
.
buat pun tak banyak, sekadar untuk makan ma, abah, yin dan dhiya je...
.
makanya lepas tidurkan che damia, masuk lah dapur sediakan bahan-bahan untuk memasak..
dan rasa nak tepek kat blog lah resepi semalam, boleh buat rujukan untuk masa hadapan, bila lama tak masak nie, resepi dalam otak pun dah mula berkarat huhuhu..
.
jadinya ini lah pencetus semula nak berblog hehehe..bukan untuk sesiapa pun umtuk diri sendiri juga..insya Allah kalau ada kesempatan lepas nie nak tempek segala jenis resepi lah kat sini, sementara ada di kampung disamping ma nie nak korek resepi-resepi ma semua hehehehe...
.
jadi marilah kita menempek kan resepinya nasi ayam ini di sini..
____________________________________________________________________
NASI AYAM ALA YIN MAWARNI... :)

bahan-bahan
----------------
1. Stock ayam

  • 1/2 ayam potong dua, 
  • bawang putih          3 ulas
  • halia                        1 inchi
  • air 

2. Sup ayam

  •  stock ayam
  • rempah empat beradik
  • sup bunjut
  • bawang putih
  • bawang merah 
  • halia
  • gula
  • garam

3. Nasi Ayam




  • Beras
  • stock ayam
  • planta
4. Ayam

  • ayam dari stock ayam
  • bawang putih
  • halia
  • kicap manis
  • garam
  • madu
5. Kicap

  • baki kicap yang digunakan untuk perap ayam
  • jus limau nipis
6. Sos cili

  • tomato   1 biji
  • cili merah  3 biji
  • limau nipis 
  • gula 
  • garam

cara-cara
----------
1. STOCK AYAM

Rebus ayam campur kan dengan bawang putih dan halia yang di ketuk. Masak dalam 15-20 minit bagi potongan ayam seekor belah empat.

2. SUP AYAM

Tumiskan  rempah empat beradik, bawang putih, halia, bawang merah (hasil tumis yang  nie diambil sedikit untuk di masukkan kedalam nasi ayam). Kemudian samaada tambahkan stock ayam tadi kedalam bawang yang di tumis, ataupun toskan minyak hasil tumisan tadi kemudian masukkan ke dalam stock ayam tadi..tambah air mengikut jumlah sup yang di inginkan. sebab tak ramai jadinya yin buat sup sedikit jelah, lagi pekar rasa sup ayam tu nyum nyum nyum..
.
lepas itu tambahkan lagi repah sup bunjut kedalam sup, perasakan dengan garam. siap!!!!

3. NASI AYAM

Basuh beras mengikut sukatan yang di inginkan, kemudian toskan. Untuk memasak nasi, ambil stock ayam yang telah di masak tadi, masukkan dalam periuk nasi yang berisi beras mengikut sukatan memasak nasi macam biasa. Nak lagi lemak nasi, boleh tambah sedikit planta dan sedikit bawang dan rempah-rempah sup yang di tumis. kemudian masak nasi..yeahhh..siap dah nasi..senang je,..


4. AYAM

ayam yang di rebus untuk dijadikan stock di toskan. Tumbuk bawang putih dan halia, di campurkan dengan kicap lemak manis dan sedikit garam, Kemudian tuangkan keatas ayam untuk di perap.. biarkan selama 15-30 minit sebelum di goreng atau di bakar. boleh tambah madu untuk di sapu pada ayam juga. ma suruh sapu madu, so tambah jelah..sedap juga..

5. SOS KICAP

Baki kicap untuk perap ayam di kumpulkan dan ditambah sedikittttt sup ayam dan perahan limau nipis, masakkan sekejap sos kicap diatas api, siap...

6. SOS CILI
blend tomata dan cili merah, tambah air limau nipis, masak sehingga pekat, perisakan dengan garam dan gula.

tadaaa...dah siap boleh hidang dengan potongan timun, tomato dan salad. hias mengikut kehendak hati..

tak sempat nak snap gambar, hp che dhiya duk main huhuhu...

--------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah ma dengan abah makan dengan penuh berselera..

che dhiya pun makan banyak, siap berebut2 nak hirup sup dengan ibu lagi hehehe..

alhamdulillah,..


HERBAL BLEND KRIM PELBAGAI GUNA

THE BEST CREAM EVER . Krim pelbagai guna yang sangat best, boleh guna untuk macam-macam masalah kulit, untuk semua golongan dari bayi...